Thursday 27 September 2012

♥ Bila Agaknya Ya..


Tadi selepas melawat kubur ayah, terserempak dengan seorang makcik.. Ku sapa, salam dan bertanya " makcik ziarah kubur siapa?".. Lantas dia menjawap kubur anaknya. Meninggal waktu sakit bersalin, babynya pun pergi sama2 dengan ibunya.. Terkedu aku seketika. Antara sedih bercampur terpegun.. Masya Allah, pertama kali berdepan dengan family yang kematian anak akibat bersalin.. "mati syahid".. itu yang terlintas difikiranku.. Mudah-mudahan rohnya bersama mereka yang beriman.. aameen..

Aku?? 
Bila agaknya waktu aku akan dijemput? Dikala aku masih terumbang ambing mencari arah.. Masih lagi teraba-raba mencari ilmu yang selama ini aku alpa.. Baru sebentar tadi aku buat nebuliser lagi. Ya Allah, berilah aku sedikit ruang untuk merubah diri.. Aku terlalu hina disisi-Mu.. Layakkah aku? aku masih tertanya-tanya.. terasa amat jahilnya diri.. Janganlah Kau jemputku dalam keadaan aku alpa pada-Mu Ya Allah.. Kau bimbinglah aku.. Janganlah Kau lepas tali keimanan dihatiku Ya Allah.. Kau campakkanlah perasaan kehambaan terhadap-Mu Ya Allah.. Aku ingin mencari bahagia.. Janganlah Kau berpaling dari memandang-Ku Ya Allah.. Ku mohon pada-Mu.. Ampunkanlah dosaku..Sesungguhnya Kau-lah Tuhan Maha Pengampun..

..aameen..

No comments:

Post a Comment