Saturday, 15 September 2012

♥ Jangan Perasan


DiCopy paste sebijik darihttp://blogustazsufi.blogspot.com/2008/10/jangan-perasan-ep1.html

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Akhirat nanti, ramai ahli ibadah terkandas dari memasuki syurga disebabkan 1 dosa syirik. Antara syirik yg boleh ada dlm hati manusia iaitu takabbur.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud "Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya takabbur seberat biji sawi"
Takabbur dikategori sbg syirik kerana ia membelakangkan kebesaran Tuhan. Lihat diri sendiri yg hebat, yg kuat ibadah, yg beri sedekah, yg kaya raya, yg pandai berbicara, yg cerdik akalnya dll. Lantas lupa bahawa segala-galanya adalah dtg dari Allah Ta'ala. Kehebatan itu dipinjamkan sementara utk diuji semata-mata didunia.
Dalam tarekat, kita disuruh buangkan segala perasaan hebat, pandai, kuat, berharta dll yg menghalang diri dari tawadhu', merendah diri dihadapan Tuhan, menghayati perasaan kehambaan.

Kosongkan hati, umpama pelakon dipentas dunia, umpama pena dihujung jari, umpama bayang-bayang kayu disungai yg tidak ada apa-apa kesan. hanya mengikut susunan Tuhan.

Kerana inilah ahli sufi bersungguh-sunguh membersihkan hati dari sebarang sifat ke"tuan"an dan menghiaskan hati dengan sifat ke"hamba"an. Inilah yg lebih utama.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.

No comments:

Post a Comment