Thursday 20 September 2012

♥ Nur Aisyah Damia Si Merah Jambu


Terubat juga rasa dalam hati bila tgk Ira & baby Aisyah. Kalau x, Allah je yang tahu mcm mana rasa dalam hati ni bila x jumpa ira. Bila da tgk dgn mata kepala sendiri, baru la lega.. Alhamdulillah... Semuanya baik2 sahaja... inilah wajah buah hati pengarang jantung kawan kite, Irawati Mohd Nasir & suami, Nur Aisyah Damia ( entah betul ke x ejaan ni ).

Nak ikutkan tadi, pukul 10 da nak terkam melawat. Excited punya pasal, sampai x sempat nak tanya ira bila time melawat. Bila da sampai PPUM jam 10.15 am, guard cakap x bole masuk.. tepakse la makcik cover cun kuar pelan2.. uhuk uhuk.. sedih gak... Pak misai tu kate waktu melawat start pukul 12.00 tgh hari. Ok, fine..

Jeng..Jeng..Jeng! tepat jam pukul 12.00 tgh hari dengan pantas dan cargas mokcik capai kunci keta porche mokcik yang berwarna itam tu.. Alhamdulillah, memang Allah permudahkan perjalanan hari ni, parking pun senang sgt dpt.. dekat dgn pintu pulak tu. Sesampainya beta di wad bersalin tu (tingkat 6 - katil nombo 41), waaa... ramai pelawat rupanya, semua pakat kerumun ira & aisyah. Bila ira kenalkan, baru la tahu rupa-rupanya rakyat jelata dari Perpustakaan Komuniti Petaling rupanya.. Baik2 kawan ira. seronok pulak tgk dorang.. :D

Tak lama lepas tu, nak dekat pukul satu dorang pun minta diri untuk berangkat. Masa ni la mak ira, kak ipa, abg ira & anak buah ira sampai. Lepas tu baru la beta start interbiu artis..hihihi... best sgt dgr pengalaman ira. Ye la, nak tunggu diri sendiri ntah bila masa tah.. so, timba pengalaman la dulu.. Menurut ira, nak ikutkan kemarin start masuk ubat, tapi x berapa nak jalan.. Aisyah x nak kuar lagi. Jadi incik doktor decide start semula bagi ubat pagi semalam. Tak lama lepas tu ira kata baru la pintu buka, itupun 1 cm.. At last, Aisyah kena kuar ikut 'tingkap' je la.. hihihi.. bila dgr ira citer mcm seram je.. tapi bila tgk dia, selambe je.. mcm x sakit.. mungkin perasaan happy mengatasi segala-galanya kot. Mana taknya, bayangkan dah hampir sepuluh tahun ira & radzi tunggu Aisyah. 10 tahun bukan jangka masa yang singkat. Terlalu banyak dugaan, pahit manis dorang kena lalui. Sekarang, semua penantian berbayar.. Allah Maha Besar dan Allah x akan pernah menghampakan hambanya yang sabar. 

Cayalah ira, mmg steady.. kite tau, ira mmg kuat semangat.. walaupun tgh menahan sakit. Ni gamba ira tgh makan bubur + ikan kembung goweng + ikan bilis goweng + lada itam + bawang puteh goweng yang mak ira bawak.. nampak mmg meyelerakan. Sepanjang mokcik kat bilik tu, ira tak henti2 besembang, hepi sgt mokcik tgk.. Lawaknya pun makin menjadi2.. :D

Lebih kurang jam 1.30 pm doktor pun datang, check Aisyah.. Doktor kate Aisyah ade ruam cikit.. dan yang sedih sikit, 10 minit lepas tu kakak nurse datang culik Aisyah...huhuhu... ira kate dorang nak check gula dalam darah Aisyah, sebab Aisyah kurang gula dalam badan.. kiraan darah sebelum ni, 3.00.. mmg rendah..

Inilah gambar doktor terbabit.. cian baby kesejukan sampai terbersin.

Ini gambar Aisyah dan neneknya. Insya Allah, kalau semua ok Ira bole balik ke Shah Alam.. A'hah!! tadi sempat beta bertanya pada mak ira 'acik, baby ira cucu nombo berapa?', then mak ira bgtau ini cucu yang ke-10!! waaaaa...!! meriahnyee!! bayangkan nanti bila waktu raya.. pakat beratur ramai2 nak salam nenek... tu belum campo anak lin nanti... perrghhhhh!! mmg best! 

Memandangkan time melawat pukul 2 da nak abis, tak reti2 nak balik ke? beta pun mintak diri.. Perasaan x usah cakapla.. bercampur baur.. seronok + excited + sedih sbb x dpt tgk baby lagi + mcm2... Doa baiti untuk ira, semoga berbahagia bersama kakitangan ahli keluarga yg baru. Org kate, bila x ada anak ni lain cabarannya dan bila dah ada anak - lain pulak dugaannya.. Insya Allah Nur Aisyah Damia akan jadi anak yang solehah untuk ibu & babahnya.. aameen... Love U all... ♥

*********************
Choooppp!! ade lg, last sekali, errmmm... ini cerita sedih sikit la.. bole pulak selipar beta putus pulak...nampaknya balik ni kena jahit la.. sedih jugak sbb selipar ni cik mimi pom pom yang adiah untuk hari jadi beta baru2 ni.. beta suke sgt2 selipa ni.. 

Jeng3! inilah selipar berkenaan. Kasihan beliau.
Nanti kite jahit awak eh... da, x mo cedih2... 

1 comment:

  1. Skrg si merah jambu dah tak sejambu tu hehehe dah bertukar kulit, ikut kulit baba dan ibunya... apapun Nur Aisyah Damia permata hati ibu dan baba ... harta kami dunia akhirat. Aisyah juga anak acik baiti juge...







    ReplyDelete