Sunday 16 September 2012

♥ Sifat Pemaaf


Ustazah Dr Robiah (14 September 2012 - JKR Kuala Lumpur)
  1. Reset semual niat jika pergi kerumah orang, niatlah untuk berziarah bukan atas jemputan.
  2. Hari Raya ibadah agama, bukan budaya.
  3. Ajarkan anak salam bukan untuk dapatkan envelop (duit).
  4. Jaga etika - niatlah kerana Allah, bila jumpa jangan tak salam.
  5. Betulkan balik, jika bertanya selalu tanya 'dah makan ke belum?', tukarkan pada 'kita dah bermaafan ke belum?'.
  6. Ibadah Haji adalah kemuncak bagi penyucian jiwa. Buatlah betul2, bersihkan jiwa kalau hati kotor - rugi.
  7. Kalau nama untuk pergi haji x naik lagi maknanya x ada rezeki. Doalah banyak2 mohon pada Allah panjang umur, sihatkan badan untuk pergi kesana nanti.
Apa itu pemaaf?
  1. Situasi yang memerlukan maaf - bila tersinggung, buat muka, dendam, sakit hati & etc.
  2. Sakit jiwa terjadi bila dendan & sakit hati disimpan & dipendam terlalu banyak.
  3. Kita kena start tegur orang dulu - macam tu lah juga kita nak orang tegur kita juga.
  4. tetamu yang datang rumah membawa rezeki, doa, bawa keceriaan. Kalau nak orang datang rumah kita, kita kenalah pergi rumah orang dulu - ziarah ( ada rantaian ).
  5. Pegang tangan suami - gugur dosa2.
  6. Tanya diri senditi tersinggung tak bila orang x hidang, x layan kita, kalau kita umpat dia?. Macam tu juga orang rasa.
  7. Petanda hati kotor - terasa diri lebih, takut bila dikritik, angkuh, pandang hina pada orang & etc.
  8. Orang pemaag adalah orang yang punya jiwa.
  9. Kalau kita buat macam orang yang sakitkan hati kita, ibarat kita dgn dia adalah sama.
  10. Kalau secantik manapun ibadah, tapi kalau hati x bersih - x ada gunanya.
  11. Pada ayat 237 surah Al-Baqarah disebutkan bahwa :
    وَ أَنْ تَعْفُوْا أَقـْرَبُ لِلتـَّقـْوَى
    “..Dan jika kamu memaafkan, maka hal itu lebih dekat kepada takwa…”
  12. Jika majikan marah, maafkan dia. Aura yang baik akan sampai pada dia.
  13. Orang yang beriman & ikhlas ibarat 2 jari ( telunjuk & jari hantu ), sgt dekat dgn Allah.
  14. Latih dari skrg untuk kira dendam, dan delete.
  15. Dendam akan buatkan kita sakit - sakit saraf, migrain, lesu, energy x ada & etc.
  16. Maafkan diri sendiri sbb x dapat jadi isteri yang baik, maafkan suami sbb x dpt beri segala-nya, kita manusia.
  17. Geram, marah = x pemaaf. Akan tempah diri keneraka.
  18. Jangan simpan walaupun kecil. Kena cakap. Cakaplah dengan rela hati & ikhlas.
  19. Tolong guna talian hayat dengan Allah jika nak ubah diri. Mintalah tlg pada Allah untuk kuatkan semangat.
  20. Taqwa - merasa Allah lihat kita sentiasa. Secara tak langsung akan jaga segala tingkah laku walau ada dimana pun. Orang yang sunyi - Allah ada dgn kita.
  21. Latihlah diri untuk cari redha Allah. Cari ilmu kerana Allah, buat apa2 pun kerana Allah.
  22. Orang pemaaf kena jaga matlamat - bukan sebab nak menang, tapi hanya sebab nak dapat redha Allah.
  23. Bonus untuk orang yang pemaaf - senang hati, hati lapang, lembut dengan orang, x sakit, wajah awet muda & etc.
  24. Cara tegur orang pun kena ada gaya : cth - "mak seronok sgt kalau kamu.......", bukan "mak menyampah & tak suka kamu.....". Kena pandai sbb boleh motivate org untuk berubah.
  25. Kena rasa nikmat & nilai membuat sesuatu, nilai memberi & nilai menerima.
Kenapa Sulit Jadi Pemaaf?
  1. Manusia ada 2 nafsu - nafsu negatif & nafsu positif.
  2. Nafsu negatif biasanya bermain dalam fikiran akan bunuh nafsu positif - yang baik2.
  3. Tanda - tanda = kita sanggup ambil hak org, sombong, rasa lebih dari org lain, ego, sbb x percaya pada org (x harap kat org lain) & etc.
Bagaimana Nak Jadi Pemaaf?
  1. Senyumlah - untuk runtuhkan ego. Kita kena mulakan dulu.
  2. Terima org seadanya, terimalah kekurangannya. Jika ada sifat sombong kita akan hilang kawan & kita hilang mesra.
  3. Orang sombong ibadahnya tertolak.
Hadiah Bagi Si Pemaaf
  1. Jarang sakit, kalau sakit pun senang sembuh.
  2. Maaf itu ibarat air hujan, bayangkan kalau kita dapat mandi hujan.. lega je rasa, sejuk.
  3. Rasa paling bahagia kerana semua org suka dia.
  4. Allah akan angkat tarafnya.
  5. Banyak sahabat & ramai org nak berkawan dgn dia.

No comments:

Post a Comment