Monday 1 October 2012

♥ 3 Sebab Manusia Jadi Hina

3 Sebabnya : 
  1. Kejahilan : Maka untunglah bagi mereka yang rajin menuntut ilmu. Jahil bo berlaku apabila jadi dua sebab iaitu malas menuntut ilmu & merasa cukup, seiring dengan itu juga dia rasa sombong dengan ilmu yang dia ada. Jdi kita kena jaga2 kerana kita dibekalkan dengan akal, cara kita memandang & cara kita merasa memerlukan ilmu untuk membentuk.
  2. Kelemahan dalaman (mazmumah) : Ia nature kita. Antara kita satu dengan yang lain adalah berbeza. Ada orang suka bertangguh, x amanah, x jujur, sombong - x kira kaya atau miskin, ada sombongnya, ada orang mazmumahnya panas baran. Jadi, kita kena kenal mazmumah kita, baru kita boleh atasi. Dua tindakan boleh kita ambil, yang pertama, cuba tingkatkan - dari x baik kepada baik. Yang kedua, jangan letakkan ditepi mazmumah, kalau disamping mesti tumbang. Cth, kalau mazmumah kita panas baran - jangan ikut. Kalau diikut, mazmumah itu akan makin membesar dan berkembang. Cth kedua, kalau kita rasa kita jenis x amanah, jangan sesekali kita terima amanah. Cuba elakkan. Hanya kita yang tahu kelemahan kita. Mintalah orang lain tegur kesalahan kita. Kalau kita nak tahu orang ikhlas ke tidak tegur kita, ada 5 cara nak tahu :
                 a) Sahabat baik kita. 
                 b) Guru kita 
                 c) Ibu dan ayah kita
                 d) Orang yang bijaksana
                 e) Musuh kita - ini yang tahu byk kelemahan diri kita.

Jadi :: Orang yang x kenal mazmumah diri, dia akan susah nak tingkatkan diri. 


  3. Nafsu : Dalam diri kita ni ada satu bahagian yang dipanggil 
      nafsu. Nafsu adalah   sebahagian daripada diri kita & kita x boleh 
      bunuh dia. Kita mesti didik. Menurut ulamak, nafsu ni macam budak2, 
      dia suka merengek2.. akan selalu memujuk kita supaya nak lagi, 
      nak lagi dan lagi.. Bisikkan syaitan adalah merancang. Cth, bila 
      sebelum jumpa isteri dah ada bisikan2 jahat, menyuruh kita cakap 
      yang bukan2..



++ Jika seseorang itu buat mazmumah, ditambah jahil dan nafsu, ada yang sampai x menyesal buat sesuatu. Ini akan membuatkan seseorang manusia itu menjadi serendah2 & sehina2 kejadian. Wallahua'lam...
 

No comments:

Post a Comment