Nau'zubillah, baru melihat video saja da rasa takot, belum lagi berada ditempat kejadian.. Selepas solat saya selalu mendoakan saudara2 disana.. Syurga menanti mereka.. Allahuakhbar...
Diriwayatkan ketika Saidina Ali hendak membunuh musuhnya, tiba-tiba mukanya diludah oleh musuhnya. akibatnya, Saidina Ali tidak jadi membunuh musuhnya itu. ini menimbulkan rasa hairan di hati musuh yang hendak dibunuhnya, walhal ketika itu Saidina Ali telah menghayunkan pedangnya. orang itu bertanya kepada Saidina Ali mengapa dia membatalkan hasrat hendak membunuhnya? Saidina Ali menegaskan bahawa pada awalnya dia berniat hendak membunuh semata-mata kerana Allah SWT. tetapi apabila wajahnya diludah oleh musuhnya, hatinya menjadi terlalu marah. sedangkan agama Islam tidak membenarkan umatnya melakukan sesuatu kerana dorongan nafsu marah. justeru itu dia membatalkan hasrat hendak membunuh, kerana ketika itu muncul pengaruh lain yang bukan lagi ikhlas kerana Allah SWT.
Daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a., berkata: “Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah”. Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim.
Dari hadis daripada Abi Musa ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari r.a di atas, niat-niat ketiga lelaki tersebut sewaktu berperang tertolak kerana tiada keikhlasan di sisi Allah SWT.
**DARI APA YANG DI ATAS INI. KETIKA KITA SEDANG BERJUANG UNTUK PALESTIN SEHARUSNYA PENUH DENGAN NIAT IKHLAS KERANA ALLAH. JANGAN SESEKALI BERJUANG BERDASARKAN DORONGAN NAFSU MARAH SEMATA-MATA SUPAYA KITA MEMPEROLEHI KEBERKATAN DARI ALLAH YANG ESA. SUKA UNTUK SAYA MENGINGATKAN KEPADA DIRI SENDIRI DAN SAUDARA/SAUDARI YANG LANTANG HEBAT MENGECAM PERBUATAN KEJAM ISRAEL DAN MEMBOIKOT SEGALA PRODUK ATAU APA SAHAJA DARI YAHUDI ADAKAH KITA MEMBOIKOT KERANA SIFAT NAFSU MARAH KETIKA MELIHAT SERANGAN KE ATAS SAUDARA DI PALESTIN ATAU IKHLAS KERANA ALLAH?. DAN ADAKAH KITA HANYA BOIKOT SEMENTARA KETIKA ISRAEL MENYERANG SAUDARA DI PALESTIN, DAN KEMBALI MEMBELI DAN MENGGUNAKAN PRODUK YANG TERBABIT BILA SERANGAN SUDAH TIADA?.DAN MENYUMBANG KEMBALI UNTUK SERANGAN YANG AKAN DATANG...MAAF JIKA TERKASAR DAN TERSILAP BAHASA ATAU PENULISAN.SEKADAR RENUNGAN BERSAMA.SAYA BUDAK BARU BELAJAR, MINTA TUNJUK AJAR DENGAN BAIK DAN IKHLAS.
FIKIR-FIKIRKAN SEGALANYA MUNGKIN