Sunday, 25 November 2012

♥ Spagetti BoboT

Spagetti dah lama teperap dalam almari. Keinginan membuat spagetti ala-ala Masterchef semakin membuak-buak semenjak Maklang bagitau cara-cara masak spagetti. Minggu lepas  tercapai jugak hasrat untuk buat spagetti..hehe.. Berikut adalah beberapa step yang beta ambik bagi menghasilkan projek yang benar-benar mencabar ini.

 Sebelum mula apa-apa, rebus spagetti dulu... Rebus separuh je.

Sementara tunggu spagetti separa lembut, sediakan bahan-bahan campak. Antara bahan-bahannya ialah :

Daging kisar
Serbuk lada hitam
Bawang besar dipotong dadu dalam 1 biji
Bawang putih 2 ulas
Cendawan butang - agak2 je
Cili giling cikit
Sos Spagett
Sos tomato 2 sudu besar
Sos cili 2 sudu besar
Serbuk oregano 1 sudu besar (letak serbuk thyme pun bole jugak-kitorang dah abis stok)  

Bila spagetti da lembut, toskan dia pastu bole la gaulkan ngan cikit minyak (seelok-eloknya minyak jeton ye..baik utk kesihatan). Tujuannya supaya spagetti tak melekat-lekat masa dah sejuk nanti.

Kemedian bole la stat masak.. mula-mula kite tumis bawang, bila da naik bau wangi masukkan daging kisar, pastu masukkan cencawan butang yang dipotong2 dua tadi. Bila agak-agak da lembut cikit cendawan tu, baru kita masukkan segala sos yang ada tu dan serbuk oregano & serbuk lada.. Sos spagetti yang beta pakai adalah sos Kimball, sebab sos tu aje yang ade tanda halal.. kawan-kawan kate kalau nak sedap gunalah jenama Prego (kalau korang tak was-was la).

Last, bila da mendidih.. tunggu la dalam agak-agak 15-20 minit untuk pastikan kuah pekat, kemedian rasalah ikut citarasa masing-masing. Then, bole la tutup api tu.. dan angkat, sedia untuk dihidangkan bersama spagetti yang direbus tadi.. 

Ini la rupa spagetti yang kitorang buat.. x de la lawa sgt, tapi yang penting ianya dibuat dengan penuh kasih cayang.. Kitorang 4 orang, memandangkan perut pun semua kecik2, maka nasib baiklah cukup untuk semua rakyat jelata. Alhamdulillah, percubaan pertama boleh dikatakan menjadi. Mekasih maklang sbb sedekah resepi kat kitorang... nanti bole la rasa tok guru punya air tangan pulak nanti... hihihihi... sehingga ketemu kembali
 
 ( ^ . ^ ) v

 

No comments:

Post a Comment