Monday 17 December 2012

♥ Miliki Mahligai Dengan Cara Yang Mudah

Harga rumah teres sekarang, secara purata dalam RM300,000 sebuah... kalau banglo, harganya boleh mencecah jutaan ringgit..

Untuk mengumpul wang jutaan ringgit itu pula, mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun. Selepas berjaya dan dapat beli banglo..

Kita akan tinggal di dalam rumah banglo itu.. paling lama.. 80 tahun..

Lepas itu meninggal dan masuk ke kubur. Kemudian ke alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat yang tempoh hidupnya adalah selama-lamanya..

Persoalannya.. Bagaimana pula rumah kita di akhirat kelak?
**********
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, daripada Anas r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Sesiapa yang solat dhuha 12 rakaat, nescaya Allah dirikan untuknya istana di syurga.”

Dunia => Usaha 10 tahun => Banglo (untuk 80 tahun)
Akhirat => Usaha 15 mnit => Istana (untuk selama-lamanya)

No comments:

Post a Comment