Saturday 19 January 2013

♥ Perkara Yang Haram Dalam Ketika Haid - Ustaz Kazim Elias

1. Solat & bahagian2 yang berkenaan solat pun x boleh buat, termasuk sujud syukur.
2. Tawaf - Kerana ia sama seperti sembahyang (nabi kata ia ibarat menggantikan sembahyang) Tapi dalam tawaf boleh bercakap (perkataan yg baik2) selagi tidak lari dari niat tawaf. 
3. Tak boleh bawa & menyentuh Mushaf Al-Quran - jika ada terjemahan, boleh. Mesti ada wuduk jika nak pegang, mesti org yg bersih (berwuduk). Lapik pun x boleh kerana ia dikatakan 'menanggung' (kata Al-Hakim). Baca Al-Quran tanpa wuduk x mengapa, pegang kena ada wuduk. Kanak2 boleh pegang, kerana mereka suci. Kita boleh pegang jika keadaan darurat sahaja - takut kena najis, nampak org bukan Islam pegang etc. Dalam komputer @ handphone pegang x apa. boleh pegang.

Hadas Besar : Perkara haram bagi org yg Haid / orang berjunub (persetubuhan)
1. Talak / menceraikan - tunggulah sehingga bersih dan mandi dulu. Talak itu sah tapi berdosa. Begitu juga bila isteri dalam pantang / mengandung. Kalau tercerai dalam haid, jatuh talak tapi berdosa. Kalau nak cover dosa, kena rujuk balik. Selepas mandi dari haid, jgn bersetubuh sampailah haid seterusnya, baru boleh cerai. Ini dipanggil talak sunnah / sunni.
2. Tawaf
3. Tak boleh bawa & menyentuh Mushaf Al-Quran
4. Membaca Al-Quran, kalau baca pun niat sebagai zikir. Cth doa naik kenderaan.
5. Berhenti didalam masjid, jika ada ustaz atau ustazah yang ckp boleh masuk kerana tidak menitik (haid) - itu tidak betul.
6. Puasa - tetapi kena qada. Sebab ianya jarang-jarang. Berbeza bagi perempuan yang dtg haid & nifas, Allah sayang - sbb tu Allah x mewajibkan solat diganti - Allah bagi cuti.
7. Lalu didalam masjid (kalau takut menitik) - kalau x menitik x mengapa.
8. Jimak - sentuh2 x apa.

Soalan tambahan : Sembahyang menghormati waktu berlaku dalam keadaan darurat seperti tidak boleh ambil air sembahyang / tiada pakaian etc., tapi dikehendaki menggantikannya (qada) bila keadaan sudah kembali sediakala.

No comments:

Post a Comment