Monday 16 December 2013

♥ Pregnancy - 2nd Appointment 14/12/2012

Alhamdulillah, scan baby sihat.. da nampak jantungnya berdegup kuat. Mengalir air mata bila tgk degupan jantungnya. Memandangkan tarikh melahirkan tak dapat nak detect, jadi due date di anggarkan berdasarkan berapa besar baby. 

Setelah di imbas, due yang kami dapat 1 Ogos 2014. Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan.

Doktor ada beri beberapa pesanan yang agak berat. Antaranya :

  1. Jangan makan benda2 yang tajam.
  2. Elakkan bumper ketika memandu.
  3. Kalau boleh jangan 'bersama' buat masa ni.
  4. Banyakkan makan sayur.
  5. Elakkan makan suppliment yg banyak. Acid folid sudah mencukupi.
  6. Kalau anak buah datang, jangan dukung.
  7. Jangan angkat barang2 berat, cth baldi.. minta tlg suami angkatkan.
Pesanan oleh mak : Banyakkan rehat, janganla mkn benda2 yang terlalu masam sgt, doa & fikir positif, jgn stress2, elakkan bawa kereta, jangan naik motor.
Pesanan oleh ibu mertua : Perbanyakkan istighfar & zikir.
Pesanan dari Emi dari Kimia : Jangan lasak2, kalau boleh elakkan guna tandas cangkung, jangan angkat barang yang lebih dari 4 kg.

No comments:

Post a Comment