Monday 16 June 2014

♥ Doa Buat Kekasih - Ustazah Norhafizah Musa


(IKIM – Usrati 12 June 2014 – 5.15 ptg)
1. Doa ialah kerja hati, bukan kerja mulut. Berdoa daripada hati yang hidup dan yang telah dihadapkan dihadapan Allah, dan yang telah dihinakan diri dihadapan Allah. Londehkanlah kuasa,  jawatan kita dan segalanya dihadapan Allah.
2. Orang yang berdoa itu, mestilah bertaubat dengan kata sebenar-benarnya dari sebarang dosa dan maksiat sebelum meminta daripada Allah (taubat nasuha). Berkaitan dengan penyesalan dan keazaman. Itu yg lebih member kesan pada taubat. Sebab tu kita kena byk muhasabah diri, tadahlah tangan pada Allah. Ianya berkaitan dengan makanan kita, pandangan kita, langkah kaki kita, tangan kita, pendengaran kita & etc. Kisah Imam Syafiei sendiri, jika hafazannya bermasalah, dia akan cari punca dari segala sudut. Imam syafiei ternampak kambing ibunya memakan makanan di kebun orang.
3. Bagaimana nak elak doa yang sama setiap hari sampai jemu? : Doa itu adalah ibadah. Kebanyakan dalam buku doa adalah puji-pujian kepada Allah. Sbb itu nabi sebut jaminan daripada nabi org yg bersyukur akan terlupa untuk meminta kepada Allah kerana terlalu sibuk memuji Allah. Maka dgn itu, nikmatilah puji-pujian kepada Allah dan selepas itu barulah memohon bantuan daripada Allah. Marilah kita naikkan qualiti doa kita.
4. Bagaimana kita nak pastikan doa kita itu sbg ibadah? : Lihat bagaimana cara org solat. Dia berbisik2 dalam solat. Jika seseorang itu tidak menjaga solatnya baik2, mana mungkin kita boleh jadikan diri kita diluar solat berdoa dgn bersungguh. Ianya bermula dengan latihan didalam solat. Jadi, perbaikilah solat kita untuk bertambah intim dengan Allah. Dalam masa yang sama, 15 hari terakhir sebelum ramadhan ini sebagai jambatan untuk kita perbaiki diri.

No comments:

Post a Comment