Friday 21 September 2012

♥ Sesungguhnya..



Article kat bawah ni saye petik dari http://saifulislam.com 

 “Teringat saya kepada sebuah kisah perumpamaan, bagaimana seorang perempuan yang baru pulang dari pasar, terkejut apabila mendapati rumahnya terbakar. Dia menjerit ketakutan kerana anak kecilnya berada di dalam rumah. Tanpa berlengah, perempuan itu merempuh api, bagai tidak pernah terfikir tentang keselamatan dirinya demi menyelamatkan anak yang terperangkap di dalam rumah. 

Apabila anak kecilnya berjaya diselamatkan, perempuan itu dan anaknya dikejarkan ke hospital. Semasa terlantar sendirian di katil, barulah perempuan itu tersedar bahawa tubuhnya luka melecur dan sakitnya amat terasa.

Sesungguhnya… Ketika kita berfikir tentang orang lain, terutamanya mereka yang kita kasihi, kita tidak berasa sakit. Kita nekad melakukan apa sahaja. Tetapi apabila mula berfikir tentang diri sendiri, datanglah segala sakit, pedih dan derita.”

P/S : Minda saye bagai dijentik oleh kata-kata Ustaz Hasrizal. Memang saya setuju sesangat. No words to say… Hurmm..

No comments:

Post a Comment