Tuesday 14 February 2012

♥ PENGORBANAN DALAM HIDUP

BY PROF. MUHAYA

( 2 November 2011 ) 10.00 to 11.00 am
IKIM - ISLAM ITU INDAH




1)  Selalu orang fikir kalau kita berkorban, kita akan hilang bahagian kita. Tanpa kita sedari Allah akan menggantikan / menganugerahkan sesuatu yang baru dan istimewa untuk kita di akhirat nanti.


2)  Dari segi aspek kehidupan pula, jangan amalkan cerita pada orang tentang kebaikkan kita, apatah lagi kehebatan & kesusahan kita. Kita perlu cari dan utamakan "pencarian kita didunia untuk akhirat".


3)  Cuba cari apa langkah yang kita patut ambil untuk cari "erti dalam hidup" kita.


4)  Pengertian korban :
      (a) Buang apa yang tidak elok
      (b) Disiplin diri - beri arahan pada diri dan buat walau benda itu tidak kita sukai.


5)  Macam mana nak ubah diri? :
      (a) Buat skrip diri (apa yang kita nak capai dalam hidup) - mesti TULIS!.
      (b) Amalkan 21 hari, insya Allah akan nampak kesannya. (mengikut kajian)


6)  Menurut ustaz Pahrol : Manusia yang mempunyai value ada 3,
      (a) Bila dengan Allah dia bertaqwa
      (b) Bila dengan manusia dia berakhlak
      (c) Bila dengan diri sendiri dia jadi yang ithkoni, yang terbaik. Contoh, bila dia jadi doktor, dia akan jadi doktor yang terbaik untuk pesakitnya, bila jadi isteri dia akan jadi isteri yang terbaik untuk suaminya.


7)  Jangan sayang pada duit untuk terus belajar. Korbankan duit dan EGO untuk belajar Al-Quran. Malu kita dengan Allah jika kita malu belajar cara baca Al-Quran dengan betul.


8)  Buatlah hijrah diri dalam hal 'Bagaimanana nak jaga hubungan dengan Allah'. Contoh: Baca Quran - walau baca bertaranum sekalipun, tapi rugi sangat kalau tajwid tidak betul.


9)  Bagaimana nak hidupkan hati yang mati?
      (a) Ingat mati selalu - selalu pergi kubur.
      (b) Beriman pada hari kiamat - kalau boleh bayangkan hari pembalasan.
      (c) Pilih sendiri rumah kita diakhirat - rumah di kawah neraka atau di mahligai syurga.
      (d) Nak sepantas kilat ke Syurga atau ke Neraka.


10) Manusia malas biasanya tiada tiada tujuan dalam hidup. Cuba tanyakan pada diri tiap - tiap hari sebelum tidur, "apa yang kita nak dalam hidup?" - untuk bahagia atau untuk mencari redha Allah, etc.


11) Hiduplah dengan seadanya dengan berbekalkan apa yang Allah telah berikan. Jadikanlah tempat kerja, rumahtangga, ibu bapa sebagai ladang tuai pahala untuk akhirat.


12) Macam mana nak rasa Allah ada dekat kita?
      (a) Kenal Allah dulu - belajar ilmu tauhid
      (b) Tahu Allah ada, tengok benda sekeliling kita, betapa indahnya alam.
      (c) Jadikan suami sebagai punca dapatkan pahala. Semua ini akan buat kita bersyukur kerana secara automatik kita akan sedar bahawa Allah terlalu dekat pada kita.


13) Bagaimana nak jaga kesihatan mata?
      (a) Banyakkan baca Al-Quran
      (b) Tengok benda yang baik2 dan indah.
      (c) Gunakan air mata palsu - ada di jual dimana2.
      (d) Gunakan cahaya yang terang dan sesuai bila membaca.


14) Buat matlamat melalui minda sedar (5%). Tetapi untuk jadikan tabiat berterusan sebenarnyabergantung pada minda segar @ minda bawah sedar @ thinking mind (95%). Bagaimana untuk ransang minda segar @ minda bawah sedar @ thinking mind?
      (a) Minda segar akan teransang waktu lepas solat - waktu ideal.
      (b) Tulis apa yang kita nak dan cuba bayangkan.
      (c) Hidup ini bukan berdasarkan apa yang kita nak, tapi berdasarkan apa yang kita perlu @ inginkan.
      (d) Imej positif akan ransang minda bawah sedar, begitu juga sebaliknya. Oleh itu, jagalah nikmat penglihatan kita.
      (e) Amalkan : banyakkan memaafkan orang lain - proses untuk membersihkan hati, secara tidak langsung kita akan rasa tenang selalu.


15) Kenapa kita perlu takut selain Allah?? Mesti yakin Allah yang beri kita rezeki, bukan suami. Allah yang utama. Jika kita tidak bekerja, jadilah seorang isteri yang kreatif dalam hidup. Jangan matikan pemikiran. Cth: Jika kita sudah meletakkan hasrat kita berhenti kerja untuk membesarkan anak2, buatlah solat  istikharah dan berbincanglah dengan suami. Tidak perlu takut. Jika niat murni untuk jaga anak diredhai suami, Insya Allah rezeki kita akan dipelihara Allah.
Disinilah kita boleh menjadi seorang yang kreatif. Jika ingin mencari duit lebih, kita boleh dengan membuat kuih atau menjual barang2 kraf.


16) Bagaimana nak tambat hati suami?
      (a) Jaga aurat
      (b) Pandanglah suami dengan penuh kelembutan.
      (c) Kenang waktu hangat bercinta dahulu.
      (d) Jaga anak dengan baik.
      (e) Yang paling penting! : JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH - baru lah Allah bantu hubungan kita dengan suami.


17) Nak buang tabiat buruk? Tabiat merupakan programming yang kita sudah buat sejak kecil. Ada kaedah untuk perbaikinya. Cth: Jika selalu mandi lama dalam bilik air, catatkan masa untuk hari ini. Pada esok hari, catatkan berapa masa yang dapat dikurangkan. walau dapat kurang seminit, pujilah diri sendiri. Jangan menghukum diri. Yang penting catatkan setiap kejayaan. Lama kelamaan Insya Allah ianya akan bertambah baik. Cth kedua : gagap - 60 trilion sel dalam badan kita akan terima reseptor gembira. Oleh yang demikian, cubalah membayangkan macam mana kalau kita dapat bercakap dengan lancar. Dalam kajian mendapati pesakit dapat bercakap tanpa gagap. Oleh itu, selalulah membayangkan suasana yang gembira, ianya akan dapat membantu kita dalam melawan sesuatu perkara negatif dalam diri kita.


18) Bagaimana untuk kita redha tanpa perlu banyak bertanya?
      (a) kenal pasti kawan, jenis buku, rancangan TV, seminar & CD yang baik sahaja menjadi teman kita.
      (b) Pastikan input untuk taman minda bawah sedar hanya yang terbaik.
      (c) Biarkan kita yang mempengaruhi dunia luar, bukan dunia luar yang mempengaruhi dunia kita.
      (d) Senyumlah dari dalam -  dari sudut yang paling bersih dalam hati kita.
      (e) Ingatlah, di padang mahsyar nanti kita akan bersama dengan siapa yang kita berkawan didunia ini.


19) Nak dihargai, nak dipuji sebenarnya adalah sifat EGO. Cuba baca skrip anda setiap hari.
      (a)  Cth: SAYA INGIN MERASA BAHAGIA, SAYA INGIN MERASA TENANG, SAYA INGIN MERASA SERONOK.
            Fokuskan, Letakkan dalam hati walau banyak mana kita buat kebaikan, biarpun orang tidak ucapkan terima kasih - jadikan Allah sebagai fokus kita. Hanya Allah yang akan beri ganjaran.
      (b) Bayangkan bakul di bahu kanan dan kiri kita - banyakkanlah buat kebaikkan untuk beratkan bakul di bahu kanan kita. Malaikat Raqib pun seronok nak catit.


20) Walau kita kendong dunia, jangan biarkan akhirat keciciran. Fikirlah, betapa ruginya kita buat ibadah umum dan khusus tapi tidak dapat apa - apa.


**Sedikit perkongsian bersama ceramah yang telah saya dengar.

 sharing is caring 



No comments:

Post a Comment