Tuesday 14 February 2012

♥ Terancamnya Aqidah

HALAQAH – SENTUHAN QALBU

15 November 2011 10.30pm TV9.
Terancamnya Aqidah  :  Dato’ Dr Hassan Ali & Prof Dato’ Dr Harun Din
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aqidah merupakan simpulan ke-esa-an Allah. Simpulan ini yang menentukan samada kita selamat didunia mahupun diakhirat.

Kefahaman Manusia terbahagi kepada 4 golongan. (Dato’ Dr Hassan Ali)
*********************************************************

a)     Tidak pernah didedah tentang masalah aqidah dan tidak tahu.
b)    Pernah didedah, tapi tidak ambil tahu.
c)     Pernah ambil tahu, tapi disebabkan sesuatu ia tergendala.
d)    Ambil tahu dan terlibat aktif dalam menangani masalah ini.

1.  Kita mesti pilih untuk menjadi golongan yang nombor 4. Jangan disebabkan perkara ini darjat
     kita diturunkan oleh Allah. Amatlah rugi.

2.  Kefahaman dari segi ilmu Islam itu sendiri – cuba bayangkan berapa lama sekolah sekalipun,
     tapi ramai diantatra kita yang tak dapat jawap tentang soalan2 basic tentang Islam.
     Cth : Tentang tauhid Ar-Rububiyyah & tauhid Al-Uluhiyah. Pasti ramai yang tidak tahu.

3.  Kefahaman tentang tanggungjawap siapa masalah ini? Masalah ini tertanggung oleh semua
     lapisan masyarakat dalam menangani masalah ini.

Kalimah “Allah”. (Prof Dato’ Dr Harun Din)
*********************************

1.  Istimewanya Islam ialah ia sendiri merupakan agama Allah.

2.  Allah telah menamakan dirinya Allah, bukan kita. Terbukti dalam Surah Al-Ikhlas: ” Katakanlah
     (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan
     sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak
     diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

3.   Sifat yang tekmaktub didalam Al-Quran amat jelas sekali. Seawal ayat Basmallah hingga ke akhir ayat pun di sebut Allah. Cth : Surah Al-Mujadillah – ada  22 ayat sahaja. Tapi Allah telah tabur 35 nama Allah secara berulang – ulang. Ayat pertama sahaja ada 4 kali disebut.

4.   Kita mesti faham, ketegasan itulah yang menyebabkan yang akan menyebabkan keimanan kita tidak goyah. Allah yang mesti kita pertahankan sampai bila2. Jangan sesekali kita syirik walau sekecil mana sekalipun.

Isu Murtad - Pelan Tindakan & Langkah Pencegahan (Dato’ Dr Hassan Ali)
**********************************************************

1.   Ia bergantung pada iman seseorang. Jika kita cintakan Allah, kita akan rasa serba cukup.

2.   Fahaman yang salah mesti dimansuhkan. Cth : fahaman semua agama sama & Islam Liberal, ia amat bahaya.

3.   Human rights. Sampai bila?

4.   Perkataan extreme mesti di hapuskan – pemansuhan bergantung pada agression & persuasion.

Langkah – Langkah
****************

1.   Dekati secara psikologi – Kebanyakan mereka yang terjebak adalah orang yang terdedah dalam kesempitan. Cth: Pesakit HIV, miskin, ibu tunggal & etc.

2.   Dekati secara kasih sayang – mereka yang berjaya murtadkan umat Islam kebanyakkannya menggunakan kaedah ini, berbentuk bantuan moral & wang.

3.   Beri harapan yang lebih tinggi – Yakinkan mereka, sesungguhnya Islam adalah agama yang terbaik.

4.   Sentiasa – Mesti ada stamina tentang ini.

5.   Cara berdepan  - Melalui program2, mesti lebih baik dari mereka baik dari segi penampilan, sikap & ilmu. Nescaya dapatlah kita tangani masalah ini.

Peranan Ibu Bapa (Prof Dato’ Dr Harun Din)
***********************************

1.   Aqidah paling penting dalam hidup, bukan setakat diri, keluarga, negara malahan dunia sejagat. Isu aqidah ibarat malapetaka – penyakit yang berlaku bila2 masa seperti di zaman nabi2 terdahulu juga.

2.   Jadilah keluarga yang prihatin dan memandang serius dengan masalah ini. Seperti didalam hadist ”Sesiapa sahaja yang menjumpai sesuatu perkara yang mungkar, berlakunya kemurtadan, mestilah gunakan kuasanya untuk ubah. Jika tiada daya, maka ubahlah dengan menggunakan lidahnya, jika tidak boleh juga hati mesti berdoa agar dielakkan daripada berlaku. Jika tiga2 tak boleh buat, maka imannya dalam keadaan lemah, malahan ibarat sebesar zarah sahaja”.

3.   Masyarakat mesti memainkan peranan. Usaha sedaya upaya. Jangan sampai menjalar didalam masyarakat.

Bagaimana untuk bina benteng baru untuk kekuatan Aqidah? (Dato’ Dr Hassan Ali)
*****************************************************************

1.   Sebenarnya benteng lama dan batu tidak boleh dipisahkan kerana benteng lama & baru ada jambatan diantaranya sebagai kesinambungan. Cth dari zaman nabi dahulu, mereka sanggup korbankan harta, diri malahan segala2nya demi pertahankan Islam. Ia merupakan pelaburan & perniagaan untuk akhirat.

2.   Sebarkan ilmu dengan pelbagai cara.

3.   Guru2 & penceramah yang positif, bagi menarik perhatian terutama bagi golongan remaja dalam majlis ilmu. Ini kerana golongan remaja amat terdedah dalam gejala2 yang negatif.

4.   Kerjasama pihak media – Koordinasikan media elektronik & media cetak. Mesti kerjasama. Mereka adalah modal untuk masyarakat.

5.   Meramaikan jemaah di masjid, terutamanya waktu subuh.



Pelan Tindakan (Prof Dato’ Dr Harun Din)
*********************************

Aqidah merupakan modal kita untuk akhirat. Jika tiada, apalah lagi yang boleh kita harapkan. Oleh itu,
Kita perlu :

a)  Sebarkan maklumat yang betul tentang aqidah. Terangkan betapa pentingnya untuk disemat
     didalam hati setiap umat. Walau sekecil2 maklumat, sebarkanlah.

b)   Perlukan jelaskan dengan terpeinci batas2 iman & kufur.

c)   Wujudkan undang2 yang dapat mencegah kemurtadan.

d)   Boleh gunakan peruntukan dalam dakwah bagi mencegah murtad.

e)   Pastikan pihak berkuasa & pihak yang berwajib terlibat dalam pemantauan. Ini termasuklah bagi golongan artis, pihak penapisan filem2 dan lain2.

Penutup
*******

1.   Semua pemimpin mesti menerajui gerakan dalam menjernihkan aqidah.

2.   Semua orang mesti pasang niat untuk : ”Lahir dalam Islam, membesar dalam Islam, dewasa dalam Islam, tua dalam Islam, sakit dalam Islam, nazak dalam Islam & mati dalam Islam”.

3.   Hanya kekuatan iman yang dapat menyelamatkan kita daripada gelincir iman.






No comments:

Post a Comment