Saturday 4 August 2012

♥ IKIM - SOLAT


Kebetulan pula tadi dengar tajuk segmen ‘Solat’ di IKIM waktu rehat pukul 10.00 pagi tadi.

Banyak juga persoalan2 menarik yang diutarakan untuk Ustaz Yamani. Berikut adalah antara bijik butir yang sempat dicatit. Ada jugak yang terlepas sebab tak sempat. Tapi kira ok la, less is better than nothing kan…
( ^ . ^ )’
Mukaddimahinluv

Di bulan Syaaban ini, marilah sama-sama kita memperelokkan solat kita. Solat diibaratkan seperti pakaian, jika pakaian kita tak elok, kita akan rasa tak selesa, begitu juga dengan solat.

Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3, diawalnya merupakan musim rahmat bagi kita. Musim pertengahan merupakan musim pengampunan manakala musim yang ketiga adalah musim penutup. Sama-samalah kita manfaatkannya.

Soalan2: neutral

1) Kalau imam rasa nak kentut semasa solat, macam mana cara nak undur?

Jawapan : Kalau boleh atasi masalah sebelum solat. Selesaikan dulu hajat sebelum solat. Kalau tak nanti tak khusyuk. Kalau rasa dalam solat, elok hentikan solat dan undur, cakaplah pada orang belakang supaya supaya gantikan jadi imam. Kita boleh cakap, sebab dah niat batalkan solat tadi.

2) Macam mana pula kalau solat jemaah berdua seperti suami imamkan isteri?

Jawapan : Ada 3 keadaan; a – Makmum (isteri) kena teruskan solat dan gantikan niat solat sendirian, b – Isteri boleh tunggu suami atau c – Niat hentikan solat.

3) Bagaimana keadaan baca Yassin beramai-ramai sebenarnya?

Jawapan : Surah Yassin kalau boleh baca sendirian, jika beramai-ramai mestilah berpandukan ketua. Tujuannya supaya ianya boleh jadi panduan bagi mereka yang tidak berapa pandai baca Quran.

4) Bagaimanakah cara berwuduk bagi mereka yang kaki bersimen?

Jawapan : 4 anggota wuduk kena basuh dengan sempurna. Eloknya sebelum simen ambil wuduk dahulu. Kalau bersimen untuk jangka masa yang lama – bertayamum, tepuk debu 2 kali sapu ditangan, sapu 2 kali di muka. Di Malaysia debu yang bersih ada dijual.
.
5) Bagaimana kedudukan solat kita yang dulu-dulu tak sah? Cth : Tak mandi wajib sebelum solat Sekarang baru tahu, sebab dah belajar.

Jawapan : Tak berdosa atas sebab kejahilan, tapi wajib qada.

6) Sahkah solat jika menangis?

Jawapan : Tidak batal kalau sekadar mengalir, walaupun teresak-esak. Tapi jika sampai mengeluarkan suara – batal solat.

7) Macam mana kalau masjid blackout, imam dah sujud. Bila ada lampu nampak imam dah bangun.

Jawapan : Tidak mengapa, makmum boleh teruskan sebab tak tahu.

8) Hukum isbal - menutup mata kaki (buku lali)?

Jawapan : Makruh

9) Bagaimana kalau Al-Fatihah suami tak betul walau dah banyak kali ajar, tapi masih berulang?

Jawapan : Jika disebabkan lidah suami pendek dan hanya itu bacaan yang terbaik dia boleh baca maknanya sah solatnya, tapi dia hanya boleh imamkan orang-orang yang seangkatan dengannya sahaja. Jika suami tidak ada masalah apa-apa, nasihatilah suami baik-baik supaya belajar.

10) Apa hukum bersin sampai bergegar badan dalam solat?

Jawapan : Tidak sengaja tak apa, begitu juga jika menggigil kesejukan.

11) Apa hukum sapu muka?

Jawapan : Solat sah sebab sudah selesai solat.

12) Bagaimana solat jemaah bagi wanita?

Jawapan : Perempuan juga dituntut untuk berjemaah tapi tidaklah dituntut seberat lelaki. Bacaan mesti diperlahankan bila ada ajnabi. Kedudukan imam hanya depan sedikit sahaja daripada makmum. Tidak seperti kedudukan imam lelaki. Kadar suara hanya sekadar dapat didengari makmum. Bila didalam rumah nyaring sedikit pun boleh.

13) Wuduk orang yang tak boleh jalan, boleh tak guna spray?

Jawapan : Tangan dan kaki mesti dibasuh dengan kata lain mesti dialirkan dan diratakan air. Jika setakat spray tidak memadai sebab air tidak dialirkan, jadi tidak sah.

14) Berdehem dalam solat.

Jawapan : Tak boleh berdehem. Kalau tak sengaja tak mengapa.

15) Bolehkah jadikan air mineral untuk berwuduk jika dalam stadium x cukup air sebab terlalu ramai?

Jawapan : Boleh. Jika takut x cukup juga, memadailah buat yang wajib sahaja iaitu basuh sekali setiap anggota wuduk.
p/s : Pada kawan2 yang ada dengar, boleh la top-up2 info. Tak semua dapat ditulis tadi..ballooonplz

No comments:

Post a Comment