Friday 21 September 2012

♥ 10 Sebab Isteri Derhaka



Dipetik dari Blog : http://www.ustazamin.com/
Bicara Ilmu 41 – IKIM “ 10 Sebab Isteri Derhaka..” 

Apabila sebut mengenai isteri derhaka, tidak semua sebab terjadi demikian dari isteri. Tetapi ramai yang terus menyalahkan isteri dengan kesalahan 100% peratus diletakkan padanya.

1. Tidak berusaha untuk  iman. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa hatta ada isteri para Nabi juga ada yang tidak berusaha ke arah iman dan akhirnya menjadi derhaka bukan sahaja pada suaminya, bahkan pada Allah.

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat [1488] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". [1488] Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama (Surah at-Tahrim ayat 10)

2. Jahil : Ada isteri yang derhaka kerana tidak tahu sifat dan sikapnya itu adalah menderhaka pada suaminya. 

3. Keras Hati : Ada jenis yang memang keras hati dan tidak mahu mentaati suami dan perintah Allah. 

4. Takabbur : Kebanyakkan perkara keempat ini berlaku jika isteri lebih berkedudukan dari suami. Dia mudah memandang rendah suaminya. 

************

Di celah-celah perbahasan ini, kami mengambil soalan dari pendengar. 

Haji Hayyi dari Kelantan : Bagaimana ingin menjadikan anak-anak sekarang ada perasaan respect pada mak ayah

Haji Yaakub : Macam mana nak wujudkan rasa hormat menghormati jika isteri suka buat sesuatu tak bagitau suami? Suami selalu makan hati.

Puan Aida Amir : Saya lebih rela bangun qaimullail dari melayan suami, macam mana ustaz?

************************
.....Perbahasan kami di sambung lagi…


5.  Tiada Sifat Qanaah, akhirnya wujud membanding

6. Kurang tarbiah. Tidak semestinya orang kelulusan agama, dia mampu nak amalkan. Untuk mengamalkan sesuatu perlukan tarbiah. 

7. Wujud penasihat-penasihat yang jahat

8. Suami yang jahil : Ada isteri yang derhaka kerana suami yang jahil, bukan sahaja  tidak dapat mendidik isteri malahan menggalakkan isteri berbuat maksiat 

9.Suami yang dayyus : Ada suami yang terlalu takut pada isteri hingga isteri berbuat maksiat takut untuk ditegurnya. 

10. Suami yang zalim : Kadang kala, suami yang menzalimi isteri menjadikan isteri melawan kembali suami. 

Inilah 10 sebab kenapa isteri derhaka.

“Ilmu Pelita Hidup”
al-Faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah


No comments:

Post a Comment