Saturday 15 September 2012

♥ Reset Minda – Sifat Perbaiki Diri ( Oleh Prof Muhaya )


Radio IKIM – 10.00 am
10 Julai 2012


1) Sebagai permulaan, Prof cerita kisah seorang tua yang sibuk tebang pokok 
     selama 3 jam, tapi dia tak asah gergaji sebagai simbolik orang yang tidak 
     perbaiki diri.

2) Kita selalu sibuk dengan rutin harian tapi secara tidak sedar kita langsung 
     tak ambil kisah tentang cara – cara untuk perbaiki diri.

3) Banyak orang pergi kursus untuk tujuan naik pangkat (self promotion) & 
     etc – apa yang kita dapat? Duit hanya tambah x seberapa. Apa guna jika 
     hati tak tenang, anak nakal, jiwa kosong & etc.

4) Berbeza dengan self improvement, sekurang-kurangnya ½ jam untuk asah 
     gergaji minda kita. Tanpa kita sedar kita akan menempah package 
     kehidupan yang lebih bermakna.

5) Jadi, hadirilah seminar. Carilah dimana2 – Radio, internet, mana2 persatuan, 
     jabatan dan lain2. Kena bersungguh-sungguh dan niatlah kerana Allah. 
     Insya Allah, Allah akan lorongkan dan permudahkan.

6) Beza antara ’interested & committed’, dia akan berkorban apa saja untuk 
     perbaiki diri.

7) Sentiasalah bersama dengan orang yang berjaya, Insya Allah aura 
     orang baik akan pengaruhi kita.

8) Didiklah wanita agar negara terpelihara, kerana kita dikelilingi oleh 
     wanita – ibu, isteri. Merekalah yang kita lihat dahulu, yang set menu 
     dirumah & etc.

9) Mind set VS heart set – betulkan niat jangan hanya bercakap tapi 
     dalam masa yang sama cubalah ambil tindakan untuk perbaiki diri.

10)Allah Maha Melihat apa yang kita buat. Tengok perbelanjaan setiap 
      hari – banyak laburkan wang kearah mana?

11)Selalunya ’ kita buat apa yang kita buat ’. Hidup mesti ada visi. Apa 
      matlamat kita dalam hidup. Tetapkan!.

12)Jangan kejar cita-cita, tapi kejarlah ’makna’ yakni kerana Allah 
      = untuk hidup kita didunia dan diakhirat.

13)Kita banyak sangat salah puji & salah marah. Biasanya kita selalu 
      marah dan puji anak dalam pelajaran etc.., tapi bila anak solat x 
      puji pun.

14) Bagaimana nak istikhomah? – Jiwa, blue print & minda segar dipengaruhi 
      oleh apa yang kita lalui selama ini. Jadi, niat itu penting. Niatlah kerana 
      Allah. Jangan rasa diri budget bagus. Muhasabah dan lihatlah diri selalu, 
      jgn biasakan cari kesilapan orang lain. Carilah kesilapan diri sendiri. 
     Jadikan disiplin. 

15) Buang perangai suka bertangguh? – Biasanya kita akan bertangguh bila 
      kerja tu kita tak suka.Selalulah bayangkan ’effect / akibat’ jika tak buat 
      kerja tu. Play & pleasure.

16) Dunia perniagaan = Competitive Vs Cooperative, success Vs prosperity, 
      love people Vs love money. Cubalah niat kerana Allah, be creative dalam 
      perniagaan, jangan ada unsur2 penindasan & lakukan dengan niat kerana 
      Allah, jadikanlah perniagaan anda sebagai satu ibadah. Insya Allah, berkat.

17) Berkenaan anak = Orang yang bijak akan peka dengan apa yang anak lihat, 
     dengar & buat. Apa yang orang fikir tak penting, yang penting kita tahu – 
     Allah tahu hati kita.

18) Orang yang bijak akan mengubah persekitaran, bukan persekitaran yang 
      mengubah kita.

19) Ego & ke’tuan’an. Jangan fikir karier segala-galanya. Kejarlah keluarga 
     & redha Allah.

20) Jangan berfikiran singkat, apa yang penting – sekarang dan siapa yang 
     didepan kita & jangan fikir perkara yang lalu, what is past – is past!.

21) Menghadapi kematian orang yang kita sayang = Jangan fokus pada 
     ’kehilangan’. Tukarkan fokus kepada ’macam mana kita nak bantu orang 
      yang kita sayang. Cth, bayarkan hutang, sedekahkan doa, wakaf & etc. 
      Sedih, memang sedih, tapi jangan keterlaluan – takkan kemana. 
      Nak dapatkan sesuatu, kita kena buat sesuatu. Hidup mesti diteruskan.

22) Marah & melenting adalah sifat kehaiwanan & sifat syaitan – 
     Buang jauh2! Bayangkanlah apa kita nak jadi sebelum tidur setiap hari – 
     untuk set minda.

23) Kita mesti ada cita2 & impian kita sendiri. Jangan biarkan orang lain 
      yang tentukan hidup kita. Caranya, senaraikan apa yang kita nak dalam 
     hidup. Tentukan gol hidup kita.

24) Nak elak isteri / suami cemburu. Biasanya isteri / suami yang begini 
      kurang perhatian. Kita mesti ada sifat profesional. Layan orang lain 
      apa yang patut sahaja. Tak perlu fikir orang lain kata kita sombong 
      atau apa, yang penting suami / isteri kita sayang kita.

25) Anak – berilah kasih sayang. 4 tahun kebawah berilah kasih sayang, 
      peluk selalu untuk belai roh & jiwa anak.

No comments:

Post a Comment