Saturday 15 September 2012

♥ Selamat Ulangtahun ke-5 Pernikahan

27 Syawal 1428 ~ 27 Syawal1433

Hari ini genaplah 5 tahun usia pernikahan kita. Tanpa abg disisi terasa diri amat kosong sekali. Mengimbau kembali saat ayah menyerahkan ayg pada abg 5 tahun lalu, adalah antara saat-saat yang amat syahdu. Tahun demi tahun kita meniti kepayahan hidup suka duka bersama. Namun serasa masih ada ruang dan jarak antara kita.

Suamiku sayang,
diri ini tidak pernah meminta selautan emas mahupun segudang kemewahan, cukuplah jika kita bersama. Abg sering ucapkan yang abg lebih mengenali ayg... namun sehingga kini ayg masih lagi tercari-cari dimana pelabuhan kita yang sebenarnya. Terkapai-kapai di tengah gelombang kehidupan dikala diri ayg sedang diuji dengan begitu hebat sekali. Tercari-cari dimana tangan yang ingin digapai... Masih teraba-raba mencari bahu untuk tumpang menangis. Ayg tak mahu kehilangan abg buat kali kedua... Ke mana arah tujuan kita...

Kekasihku,
hari ini ayg begitu menanti abg. Sms ucapan selamat ulangtahun juga tidak dibalas. Siang dan malam pergi begitu sahaja. Makin jauh dirasa. Kad ucapan dan hadiah ayg simpan semula. Tak mengapa.. mungkin abg sibuk... ayg tak mahu ganggu abg.. ayg akan tunggu abg sampai bila-bila.

Teman tidurku,
moga Allah memberi petunjuk pada kita.. Kembalilah kita pada Dia. Walau apa jua jalan yang akan kita tempuh selepas ini, diharap untuk kebaikan kita semua. Sama-samalah kita berdoa..

Akhir kata dari ayg, happy anniversary... Moga Allah bantu kita... 

Isterimu.




Kekasih
Kala kurenungkan kembali
Detik pertemuan
Yang kita tak pernah terlintas di mimpi

 
Kucuba hindari
Namun bayanganmu kembali
Menyirami luka
Cinta yang kukuh bersemadi

Kau membawa sinar
Kebahagian dalam hidup ini
Tak sanggup lagi
Kehilangan kasih

Hadirnya dirimu
Kau iringkan dengan cinta murni
Yang suatu masa
Terdahulu aku mimpikan bersama
Hadirnya hatimu
Kasih sejati tak kuragui

Keikhlasan
Sesejuk embun pagi dambaan insan
 
Kekasihku
Kaulah jua yang satu
Tiada dua
Tetap bersemadi kau di dalam jiwa

No comments:

Post a Comment