Wednesday, 28 November 2012

♥ Kesihatan Mental (SESI 1) - JPA


Semalam beta ke Kementerian lagi. Ada Program Kendiri Unggul Siri 3, dari jam 9.30 am sampailah ke jam 12.30 tengah hari. Beta ditemani oleh sahabat-sahabat yang lain, 4 orang kesemuanya. Antaranya Kak Ha, bakal pengantin baru kite - Emi, Kak Indra dan beta sendiri yang telah melantik diri sendiri sebagai pencatat yang tak bertauliah... ^ . ^


Inilah penceramah kiut - miut kami yang didatangkan khas dari JPA, Pn. Naniyati binti Shuib, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Klinikal Psikologi. Bila tgk dari wajah Puan Nani, memang tak sangka beliau merupakan salah seorang pakar yang hebat kat Malaysia ni. Puan Nani kata, pakar dalam bidang psikologi memang sedikit bilangannya. Tak mustahil bila dikatakan bilangan pakar dalam bidang ni agak kritikal bila nak dibanding kes yang makin bertambah dari sehari ke sehari... ermm.. mmg agak membimbangkan.


Ni schedule nye.. simple je.. Tapi, bila dengar isi ceramah puan Nani, erk... agak berat jugak untuk kepala otak beta terima. Ye la, mana taknya.. ini la first time beta dengar ceramah macam ni. Agak amik masa 15 minit jugak untuk amik tuning nye...uhuk uhuk..

Bawah ni adalah bijik butir yang sempat beta catat.. naik lenguh jugak tangan ni menulih... :D

******************************************
SESI 1
Pengenalan : SIHAT MENTAL VS SAKIT MENTAL


(a)  Didunia – menurut WHO, 12% pesakit mental penduduk dunia bakal naik 15%.
(b)  Skop pencerahan : Untuk jadikan panduan & tahu bagaimana nak tangani jika kita atau kawan kita ada masalah terutama kemurungan.

1) Banyaknya menjurus kepada masalah mental, kena tahu puncanya (apa masalah).

2) Terdapat segelintir pesakit mental dinegara ini terdiri dari kalangan penjawat awam.

3) 10 Oktober adalah tarikh ’Hari Kesihatan Mental Dunia’.


4) Bagaimana nak tahu ada masalah yang melibatkan mental?
a – jika ada perubahan dari segi pemikiran, emosi & tingkahlaku, disebabkan ada gangguan pada fungsi otak – akan mengganggu perjalanan seharian kita. Cth : marah yang melampau, sering keliru & etc.

b – 1 daripada 4 orang akan mengalami gangguan kesihatan mental dari segi tekanan & kemurungan, sakit risau (anxiety) & psikosis (cenderung mengalami kecelaruan).

c – pemikiran, perasaan & tinglahlaku terganggu.

5) Antara pecahan-pecahan antara punca gangguan kesihatan mental adalah :
            a – melibatkan semua orang
            b – pupuk perasaan positif dalam diri atau tidak
            c – kendalikan tanggungjawap, masalah & tekanan dalam kehidupan
            d – berinteraksi secara sihat atau tidak
            e – tidak bermaksud ada sakit mental
            f – lain-lain

 6) Tekanan bergantung pada kita sendiri. Tekanan terbahagi kepada 2 :
            a – stress yang baik – akan motivate kita supaya lebih perbaiki diri
            b – stress yang tidak baik – akan mendorong kita lebih murung.

7) Pada tahun 2020, WHO keluarkan amaran dengan mengatakan sakit mental akan menjadi no.2 tertinggi didunia (melalui bunuh diri/mencederakan diri).

Apa kaitan kesihatan mental dengan kesihatan fizikal?
1) Individu yang mengalami masalah mental lebih cenderung untuk tidak mengambil berat tentang diri dari perspektif fizikal.

2) Ada orang yang menghilangkan stress dengan makan atau tidak makan langsung, merokok. Ia hanya akan membahayakan kesihatan. Penyakit merbahaya akan timbul seperti obesiti, kencing manis, aneroxia & etc.

3) Beri impak pada kualiti hidup kita seperti tak cukup tidur. Terdapat penyakit baru berkaitan dengan ketagihan laman-laman sosial. Hati-hati.

4) Timbul penyakit2 yang famous seperti sakit jantung & diabetes.
            - lebih potensi mendapat kemurungan lebih 3 kali ganda
            - kurangkan keberkesanan ubat insulin etc.
            - kualiti hidup akan terjejas
            - tekanan darah akan meningkat

5) Kanser & HIV / AIDS
            - diskriminasi & perspektif negatif akan diberikan pada pesakit.
            - kesan langsung akan diberikan pada otak
            - perasaan takut pada kematian
            - akan disisih masyarakat & keluarga

6) Kanak-kanak
- Autism – kurang daya kemampuan otak. Masalah dari segi development. Mereka akan hidup didalam dunia mereka sendiri kerana mengalami masalah komunikasi. Penyakit ini boleh dikenalpasti seawal usia 5 tahun
- Diseleksia – mengalami masalah motor di otak. Apabila mewarna mereka akan menekan pensel kuat2. susah untuk kenalpasti huruf-huruf.
- Echolalia – mengulang balik apa yang kita tanya. Juga mengalami masalah motor di otak.
- Hyperactive – tidak boleh beri tumpuan walaupun sedikit.
7) Kanak-kanak boleh diberi terapi jika kita tahu masalah mereka lebih awal. Jika tahu lewat agak mengambil masa untuk pulih.

8) Masalah mental di Malaysia tahun 2006 – 3 juta kes. Purata 20-30 orang pada setiap 100,000 orang rakyat didapati binuh diri pada setiap tahun.

9) Masalah mental penjawat awam :
            a) Schizophrenia – mendengar bisikan-bisikan ditelinga
            b) Bipolar – kecelaruan
            c) Gender Indentity
d) Psikosis
e) Depression – tekanan yang teruk
f) Specific phobia with panic attack
g) Dyslexia

Gangguan Mental
1) Ada kepelikan yang melampau
2) Susah hati yang melampau
3) Bertentangan dengan kebiasaan masyarakat
4) Psikosomatik – perkara kecil diperbesar-besarkan.

Kecelaruan Mental
1) Diklasifikasi dengan menggunakan DSM IV.
2) Mengalami gangguan fungsi otak yang mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku.
3) Perkembangan minda yang tidak lengkap – slow learner
4) Gangguan kegiatan seharian dengan baik.

Ciri-Ciri
1) Bertentangan dengan kebiasaan – dengar bisikan-bisikan yang tidak baik @ tidak logik
2) Cara hidup ertentangan dengan kebiasaan masyarakat – halusinasi.
3) Perspeksi & intepretasi realiti berhadapan dengan tekanan & kesedihan, tidak dapat menerima kenyataan, akan berfikir sesuatu perkara secara berulang-ulang.
4) Kesedihan & ketakutan yang melampau – salah adaptasi.
5) Terlalu mahukan sesuatu menjadi dengan sempurna dengan terlampau.
6) Kesusahan peribadi, tidak boleh menjaga diri sendiri (gangguan fungsian).
7) Kemurungan yang berpanjangan.
8) Menjurus pada perbuatan yang merbahaya pada diri seperti ingin membunuh diri.

Sebab-Sebab
1) Ketidakseimbangan hormon (neurotransmitter)
2) Cara berfikir – pandangan
3) Tidur tidak mencukupi
4) Tidak tentu arah
5) Diet yang tidak betul
6) Pengaruh alkohol
7) Trauma kejadian
8) Hormon seks tidak seimbang
9) Tekanan hidup
10) Lain-lain

Faktor-Faktor Punca
1) Biologi – melibatkan sistem saraf, berlaku perubahan.
2) Hormon yang berlebihan – epinephrine (adrenalin > anxiety), norepinephrine, serotonin, dopamine etc.
3) Kekurangan zat – nutrisi yang tak cukup.
4) Keadaan / suasana ditempat kerja.
5) Psikologi – kepercayaan dan budaya.
6) Sosiobudaya.

Kategori Kecelaruan Mental
1) Depression
2) Schizophenia
3) Personality disorder
4) Drug & alcohol disorder
5) Bipolar disorder
6) Dementia & delinium
7) Adjustment disorder
8) Anxiety disorder

Bentuk OCD (Obsessive Culsive Disorder)
1) Was-was
2) Takut tercemar
3) Fikiran Agresif
4) Kompulsi untuk memeriksa
5) Membasuh tangan / mandi berulang-ulang kali
6) Membilang
7) 65% bermula umur 25> tahun
8) Bilangan lelaki dan wanita sama.

Kecelaruan / Kebimbangan Umum (GAD)
1) Bimbang tak tentu arah
2) Tidak fokus
3) Tidak terkawal
4) Terlalu bimbang banyak perkara sampai tak tahu nak cakap apa.
5) Bimbang semua aspek termasuk perkara remeh temeh
6) Simptom : x fokus, insomnia, kelesuan, cepat marah, kegelisahan, panik.

Bipolar
1) Kecelaruan antara kemurungan dan mania. Perilaku berubah-ubah serta merta (tiba2)
2) Hilang minat pada benda yang biasa.


Strategi & Tips Kesihatan Mental Yang Poitif

1) Kendalikan masalah dengan baik
2) Positif terhadap cabaran terutama cabaran yang negatif
3) Galakkan diri untuk terus sahut cabaran
4) Cara hidup yang sihat
5) Positif self talk
6) Membuat keputusan yang bijak
7) Senaman
8) Limitkan kerisauan
9) Libatkan ahli lain
10) Beribadat, spiritual.
11) Pemakanan yang sihat
12) Lain – lain.

Disarankan ke Portal Minda Sejahtera untuk mengetahui tahap stress anda di :



”Manage your stress level !!”
”Kemarahan 1 masalah emosi”
“Katakan TIDAK pada sesuatu yang kita taknak!” (secara berhemah)
”Good health is wealth”

To be continued........
 
 



No comments:

Post a Comment