Wednesday 28 November 2012

♥ Kesihatan Mental (SESI 2) - JPA


Sila abaikan gambar kanak-kanak riang ini... (Ini merupakan salah seorang pesakit mental yang sedang menggila ketika ini. Beliau sedang menjalani sesi terapi bersama Dr. Budak Stoking Putih di klinik berdekatan.)

Berikut adalah sambungan bagi Sesi pertama. 

**********************************************

SESI 2
Pengenalan : STIGMA, PERSEPSI & KESIHATAN MENTAL
Skop – Tentang isu-isu berkaitan pandangan masyarakat terhadap masalah mental.

1) Berkaitan dengan perlakuan & emosi kita, kadang-kadang kita tak sedar.
2) Kadang-kadang target yang terlampau, kalau tak capai akan mengakibatkan stress yang melampau.
3) Berkait dengan persekitaran
4) Sakit mental kadang-kadang tak tahu puncanya
5) Selalu dikaitkan dengan gila& gila isim, amuk, latah, otak mereng etc.


6) Senang nak kenalpasti jika tahu garis panduan
7) Biasanya mereka sering keliru, tak happy, murung.
8) Dikaitkan dengan budaya – kadang2 tak dapat sesuaikan diri dengan 
     persekitaran & masyarakat (lebih pada supernatural @ spiritual – bomoh, 
     ilmu hitam).

Disorder Related To Motivation
1) Food / Drink – addictions, eating disorder
2) Health – disease etc.
3) Shelter / Safety – paranoia, panic
4) Sex – disease etc.
5) Sleep / rest / anxiety etc.
6) Social relationship – adjustment, education etc.
7) Wealth – obsession, gambling

Dari Sudut Perubatan
1) Apabila diagnostic, kebanyakan dari mereka tak dapat terima kenyataan & 
    keadaan
2) Pesakit akan di-refer pada pegawai psikitri. Ubat hanya akan mengurangkan 
    / meredakan sahaja.

STIGMA
1) Asal usul ‘stigma’ – dari Greek.

2) Ada tanda yang dibuat pada badan, biasanya tangan – menggunakan alat 
    tajam atau api supaya meninggalkan parut supaya dapat kesan pesalah-
    pesalah.

3) Definisi : Dulu – merujuk @ melabelkan seseorang lebih rendah secara moral.
                   Sekarang – menandakan individu normal sehingga reaksi yang
                   tidak diingini dalam masyarakat.

4) Magnitude stigma (sejauh & setinggi mana stigma) – there is no greater issue 
     than stigma. It is most important barier facing mental illness tioday. Takut 
    dengan apa orang keliling.

            i) terlalu memikirkan kata-kata orang.
            ii) menghantui individu, termasuklah ibu bapa keluarga, sampai terpaksa 
                 pindah.
            iii) stigma pesakit mental adalah lebih dahsyat dari keadaan lain seperti 
                 pesakit penyakit berjangkit, fakir miskin, warga asing.

5) Kitaran stigma : 

6) Konsep : Masalah tentang pengetahuan, prejudis (masalah sikap) & masalah 
     tingkahlaku (diskriminasi)-mengasingkan.

7) 3 Jenis Stigma :
            i- dikatakan lain dari yang normal
            ii- kelainan karektor
            iii- hubungan dengan masyarakat agak janggal.

8) Kesan Stigma :
            i- stereotaip (dari segi kepercayaan)
            ii- prejudis (emosi yang negatif)
            iii- Diskriminasi (kelakuan-tidak percaya)

9) Sakit mental tidak semestinya hilang kewarasan.

10) Perspeksi Stigma terbahagi kepada 2:
i- awam - kebanyakan orang tahu pesakit mental adalah merbahaya. Cth:dari aspek pekerjaan, jika seseorang yang mempunyai sejarah pesakit mental, kebarangkalian permohonan akan dotolak adalah tinggi.
ii- diri – lebih akan menyalahkan diri sendiri.

11) Prejudis diri – akan menghukum diri sendiri dan mereka akan selalu ucap 
      pada diri sendiri.

12) Diskriminasi diri – sampai tahap tidak kenal diri sendiri, dan selalu persoal 
      ‘kenapa saya?’.

13) Antara salah faham pesakit mental:
            a- merbahaya – sebenarnya mereka tidak merbahaya.
            b- mereka x boleh bekerja jika mereka diberi tanggungjawap  
                (tidak benar)
            c- penyakit ini tidak berjangkit (tidak benar)
            d- pesakit mental nak tarik perhatian orang, ikut perasaan & lemah 
                semangat (x benar)
            e- remaja dan kanak2 tidak akan kena sakit mental (tidak benar)
            f- pesakit mental mesti dirawat dihospital sakit jiwa (tidak semestinya)
            g- tak boleh jalani hidup yang normal (tidak benar)

14) Diskriminasi berlaku di :
a- Rumah – keluarga sendiri. Kadar dibuang keluarga adalah tinggi. Reaksi yang negatif dari mesyarakat sendiri.
            b- Perhubungan – pasangan sendiri putuskan hubungan. Kawan pun
            jauhkan diri.
c- Tempat Kerja – kadar untuk diambil kerja rendah. Kadar dibuang kerja adalah tinggi. Prospek untuk naik pangkat tidak baik. Upah yang rendah. Layanan yang tidak baik dan mengalami dilemma untuk memberitahu atau tidak pada majikan.
d- Media – banyak kisah yang disensasikan. Sangat sedikit kisah benar pesakit.
e- Perkhidmatan Kesihatan – bahagian kesihatan tidak ambil serius.
f- Struktur Pentadbiran – Prioriti yang rendah. Bilangan kepakaran yang amat terhad.

15) Cara-cara kurangkan stigma :
i -  Komunikasi  - berhubung terus pada mereka yang bermasalah, dengan cara berkongsi  masalah, pengalaman dan tolong mereka.
ii- Tingkatkan hak pesakit – bantu dia cara berfikir dan respond.
iii- Kumpulan sasaran – polis, golongan muda, doktor perubatan 
pelatih etc.
iv- Tingkatkan kesedaran tentang kesihatan mental

16) ’Bahayanya melabel orang – attitude yang negatif
       ’Stop The Stigma Of Mental Illness’
 
******************************************

Dan!... lagi sekali beta nak promote laman JPA... Bole la korang pegi kat web site ni, kalau nak tahu tahap stress korang... Beta dah pegi dah.. Well, jangan lupe jengah ke sana ye.. X rugi pun kalau cuba. At least kita tahu tahap mental minda kita kan.. ok, hingga ketemu lagi ya... Gedebussshhhhh!!!

Portal Minda Sejahtera untuk mengetahui tahap stress anda 
di :  http://www.interactive.jpa.gov.my/mindasejahtera/index.html
 


No comments:

Post a Comment