Thursday 6 December 2012

♥ Menghafal Kaedah Jibril - Part 1

Motivasi Pagi - Ustaz Ashraf IKIM (6.12.2012 ~ 7.30 am)

1) Mudah nak menghafal bagi sesiapa yang nak.

2) Mana ada buku dalam dunia yang boleh orang hafal bulat-bulat 100% tanpa faham
    maknanya. Inilah mukjizat Al-Quran. Allah dah design khas untuk manusia.

3) Persoalan : a- susah sangat nak ingat / melekat walaupun dah bertahun baca.
                       b- kalau dah hafal pun, kdg2 bila try baca balik bercampur aduk bacaan.
                       c- asik lupa je kalau nak baca balik, terutama bila time solat.

Kaedah Jibril :
1) Jangan banyak terlalu banyak baris. Baca 3 baris sahaja sehari. (Ustaz cerita kisah 
    arnab & kura2) Biar lambat janji konsisten sebab kehidupan kita tak mngizinkan. 
    Ikutlah reality semasa. Slow & steady.

2) Dalam seminggu hanya hafal 5 hari sahaja, 2 hari lagi ulang selalu apa yang dihafal. 
    Khaskan pada hari Sabtu & Ahad sahaja. Praktikkan dalam solat.

3) Insya Allah, dalam sebulan kita boleh menghafal 3 muka surat ayat Al-Quran.

No comments:

Post a Comment