Monday, 24 September 2012

♥ Bunga Dari Ayah

Sudah 5 bulan bunga pemberian ayah kepada mak terletak elok diatas meja. Sebenarnya ayah hadiahkan mak bunga ni untuk pujuk mak.. dah lupa pulak kenapa. Biasala, kalau isteri merajuk memang diminta untuk dipujuk, walaupun x diminta..tapi dalam hati bagai berbunga-bunga bila dipujuk suami. Sayu rasa hati bila tgk bunga rose ayah.. walaupun dah kering, tapi nilai sentimennya masih tersimpan disitu. Kebetulan pula kemarin aku tengok kereta ayah dibengkel seksyen 25. Masa nak balik aku singgah kejap dikedai bunga.. 

Inilah bunga yang kubeli, sebagai ganti bunga pemberian ayah untuk mak. Walaupun lain.. tapi jauh disudut hati ingin ku kenang kembali sisa2 kenangan yang ayah tunjukkan didepan kami. Moga ayah tenang disana. Kami sentiasa doakan ayah. Al-Fatihah..
 

No comments:

Post a Comment